Thursday, October 29, 2009

Malam Deepavali "1 Universiti , 1 Malaysia"

Tuan,

PERMOHONAN PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PROGRAM MALAM DEEPAVALI "1 UNIVERSITI, 1 MALAYSIA"

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan program Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia". Oleh yang demikian, pihak kami ingin menempah beberapa perkhidmatan pihak tuan/puan bagi memeriahkan lagi majlis makan malam ini.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan kami supaya program ini dapat dijalankan dengan keadaan yang kondusif

Tarikh : 29 OKTOBER 2009
Lokasi : Dewan Terbuka (Dewan Penyu), UTHM
Masa : 8.00 malam
Perasmi : YB Asojan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor

4. Bersama surat ini saya telah lampirkan keperluan perkhidmatan dari pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

"PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"

Yang benar,
AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengarah
Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia"

No comments: