Thursday, October 15, 2009

Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung

Tuan,

JEMPUTAN PIHAK UCITV UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEPANJANG PROGRAM MALAM SAMBUTAN PESTA TANG LUNG

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Tiong Hua, Sekretariat Perpaduan UTHM akan menganjurkan Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

3. Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung ini akan melibatkan warga UTHM yang membeli tiket dimana jamuan dan persembahan-persembahan yang menarik. Sebagai contoh, Persembahan Yoyo China, Persembahan Drama, Persembahan Nyanyian, Tarian Tradisional pelbagai kaum seperti Tarian Cina, Tarian India dan Tarian Melayu, Tarian Moden dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang berkaitan dengan Hari Kuih Bulan dan Kebudayaan Cina pada malam tersebut.

4. Program Malam SAmbutan Pesta Tang lung ini juga telah menjemput Yang Berbahagia Dr. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Encik Hou Kok Chung hadir bagi memeriahkan lagi Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung ini.

5. Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak Tuan untuk membuat liputan dan rakaman bagi program berkenaan agar ia dapat didokumentasikan sebagai aktiviti Universiti. Bersama-sama ini disertakan tentatif bagi program yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LEE SIM YEE
Pengarah Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung

Tentatif

Masa
Program
7.30 malam
Ketibaan Pegawai-pegawai UTHM
8.00 malam
Ketibaan YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
8.25 malam
Persembahan Tarian Singa
8.30 malam
Nyanyian Lagu Negaraku, Gemilang UTHM
8.55 malam
Ucapan Pengarah Program
9.00 malam
Ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
9.10 malam
Ucapan YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
9.30 malam
Persembahan Tarian Tradisional Kebudayaan Cina dan Cabutan bertuah
10.20 malam
Tarian Naga dan Perarakan Tanglung
10.40 malam
Bersurai

No comments: