MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN UNTUK MALAM BAHASA ANTARABANGSA BAGI PROGRAM MINGGU DAN MALAM BAHASA ANTARABANGSA KE-7, FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Panel Bidang Antarabangsa, Jabatan Kemanusiaan, Fakulti Sains, Sastera dan Warisan akan menganjurkan Malam Bahasa Antarabangsa (PMBA) ke-7 bagi semester 1, sesi 2009/10 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam- 10.30 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
3. Sehubungan dengan itu, adalah dipohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyediakan juruteknik untuk merakam program tersebut.
4. Sekian untuk perhatian dan pertimbangan tuan di dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'
Yang benar,
YEOH LI CHENG
b.p Penyelaras Program
No comments:
Post a Comment