Saturday, October 24, 2009

Program Mesra Perdana - Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar-Pelajar Peringakat FKEE



Tuan,

PERMOHONAN LIPUTAN UNIT UCiTV SEMPENA PROGRAM MESRA PERDANA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Penasihat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Program Mesra Perdana: Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar- Pelajar Peringkat FKEE 2009 pada hari Sabtu 24 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

3. Sehubungan dengan itu, kami selaku urusetia program yang berkenaan ingin membuat permohonan kepada Unit UCiTV untuk membuat liputan dalam bentuk gambar dan rakaman video sepanjang program berlangsung.

4. Sebagai makluman, gambar serta video bagi program berkenaan adalah penting bagi tujuan rekod serta laporan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

5. Kami memohon jasa baik pihak unit UCiTV agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan kami. Segala perhatian dan pertimbangan pihak unit UCiTV amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
NORFAIZA BINTI FUAD
Pengarah Program Mesra Perdana

Berikut Adalah Tentatif Program

No comments: