Thursday, October 22, 2009

PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI @ C&I



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI @ C&I

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera & Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Program Kreativiti & Inovasi @ C&I bermula pada hari Khamis 22hb. Oktober 2009 hingga hari Jumaat 23hb. Oktober 2009.

3. Disertakan bersama lampiran aturcara sepanjang program berlangsung. Dijemput Y.Bhg. Prof. Dato'/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan suasana.
 
  Sekian untuk makluman. Kerjasama serta perhatian pihak Y.Bhg. Prof Dato'/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

AJK Publisiti
Fakulti Sains, Sastera & Warisan UTHM


Aturcara Program

22 Oktober 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka dan Dewan 2

9.00 pg – 12.00 tgh : Pameran dan Pembentangan Sesi 1 (Pembentangan bermula jam 10.00. pagi)

12.00 tgh – 2.00 ptg : Rehat

2.00 ptg – 5.00 ptg : Pameran dan Sambungan Pembentangan Sesi 1


23 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka dan Dewan 2

8.30 pg – 12.30 tgh : Pameran dan Pembentangan (Sesi 2)

1.00 tgh – 2.00 ptg : Rehat dan Solat Jumaat

2.45 ptg – 5.00 ptg : Perasmian Penutup


Aturcara Perasmian Penutup


23 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat :Dewan Tunku Ibrahim Ismail

2.45 ptg : Ketibaan tetamu

3.00 ptg : Ketibaan tetamu kehormat

3.05 ptg : Ucapan dan Perasmian Penutup oleh Dekan FSSW

3.20 ptg : Persembahan Montaj

3.25 ptg : Ucapan Ketua Juri

3.35 ptg : Penyampaian Hadiah

4.00 ptg : Majlis Bersurai dan Jamuan

No comments: