Thursday, October 29, 2009

SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Prof/Tuan/Puan,

SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Seminar Hubungan Korporat dan Industri siri ke 5. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2009
Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Bilik Seminar 2, FKEE
Tajuk : "Space Science Status and Future Development"
Penceramah: Prof. N Gopalswamy, IACS, Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat

Untuk makluman, seminar ini bertujuan menyediakan satu platform kepada profesional dan para pelajar dalam berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat berkaitan dengan Sains Angkasa Lepas dan Perkembangannya di masa hadapan.

Seminar ini adalah terbuka untuk penyertaan staf akademik dan pelajar UTHM. Sokongan dan penyertaan daripada Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.


MOHD FAISHAL BIN YATNI
Pejabat Hubungan Universiti & Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel : 07 453 7457
Fax : 07 453 6262

No comments: