Wednesday, October 7, 2009

Debat ICT Anjuran Pelajar Kelas 2DIT Sesi 2009/2010

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM DEBAT ICT ANJURAN PELAJAR KELAS 2DIT SESI 2009/2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adlah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang mengambil subjek DIT2152 (Etika Profesional Teknologi Maklumat), di bawah Puan Muhaini Bt Othman selaku Pensyarah akan menganjurkan Program Debat ICT yang membawa tajuk " ICT memberi lebih kebaikan kepada pengguna" yang merupakan projek kelas yang wajib dilaksanakan. Pihak kami telah menjemput Encik Miswan bin Surip, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (Kejuruteraan dan Perisian) sebagai tetamu kehormat.

3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 7 Oktober 2009
Tempat : DKA G3
Masa : 8.30 - 11.30 pagi

4. Sehubungan dengan itu, kami dengan sukacitanya meminta jasa baik tuan/puan untuk merakam video semasa berlangsungnya program tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

YB,
NORAINE BT JALI
Pengarah Program Debat ICT

No comments: