Monday, October 26, 2009
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)
Pengenalan:
Persidangan ini yang memfokus kepada tajuk ‘Pendidikan Sains dan Teknologi’ adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas kaedah dan mutu pengajaran dan pembelajaran yang mampu mempengaruhi corak pendidikan untuk bidang sains dan teknologi yang sesuai digunakan mengikut peredaran zaman dan mencapai setiap wawasan yang digariskan. Malahan sekarang pelbagai isu dan masalah yang timbul berkaitan pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan isu-isu yang dibincangkan dalam World Conference on Science and Technology Education di Perth, Australia pada Julai 2007 adalah sangat wajar isu yang selari dibincangkan di peringkat kebangsaan. Justeru persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang timbul dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan sains dan teknologi.
Objektif :
Secara khususnya objektif persidangan ini adalah :
Menghasilkan resolusi persidangan berkaitan pembangunan pendidikan sains dan teknologi.
Mengupas isu-isu pendidikan sains dan teknologi dalam melestarikan pembangunan negara.
Membina kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan sains dan teknologi.
Skop :
Skop pembentangan dan perbincangan adalah difokuskan kepada berbagai aspek pendidikan sains dan teknologi. Tajuk-tajuk yang dicadangkan merangkumi aspek-aspek berikut:
Pendidikan sains di peringkat rendah atau pra-sekolah.
Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di sekolah.
Akses dan ekuiti dalam pendidikan sains dan teknologi.
Kesedaran dan minat terhadap bidang sains dan teknologi.
Celik sains dan teknologi.
Persekitaran sains dan penyelidikan.
Teknologi dalam pendidikan sains.
Kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam sains dan teknologi.
Penggunaan ICT dalam pendidikan sains dan teknologi.
Pembangunan penilaian yang sesuai dan efektif dalam pendidikan sains dan teknologi.
Pembangunan kerjaya guru sains dan guru teknologi.
Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.
Peserta :
Peserta dan pembentang kertas kerja terdiri daripada pegawai kanan dan tenaga pengajar dari Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, pensyarah IPTA/IPTS, penyelidik dan orang perseorangan.
Seminar akan diadakan pada:
Tarikh : 26-27 OKTOBER 2009
Tempat :
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
BATU PAHAT, JOHOR
Penginapan :
Berikut adalah senarai hotel yang boleh dihubungi:
The Katerina Hotel, Batu Pahat
Tel: +607-4337111
Pelican Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4328111
Crystal Inn Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4315222
Garden Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4315999
Landmark Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4320001
Keterangan lanjut :
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Urusetia,
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains
Dan Teknologi 2009,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
Faks: 07-4536051
e-mail: pkpst2009@uthm.edu.my
Laman web: http://web.uthm.edu.my/fptek/pkpst2009
Dr. Mohamad Zaky Noh
Off: 07-4537987
h/p: 013-7516130
Pn. Mimi Mohaffyza Mohamad
Off: 07-4538240
h/p: 013-7287585
HARI 1 (26 Oktober 2009) ATURCARA
8.00 pagi - 9.00 pagi : Pendaftaran Para Peserta
9.00 pagi – 9.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 1
9.30 pagi – 10.00 Pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 2
10.00 pagi – 10.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 3
10.30 pagi – 11.00 pagi : Kudapan
11.00 pagi – 1.00 tgh : Sesi selari : Kertas seminar
1.00 tgh – 2.30 tgh : Makan tengahari
2.30 ptg – 4.30 ptg : Sesi selari : Kertas seminar
4.30 ptg – 5.00 ptg : Minum Petang & Bersurai
8.00 mlm – 8.15 mlm : Ketibaan Para Jemputan
8.15 mlm – 8.30 mlm : Ketibaan VVIP /VIP
8.30 mlm – 8.45 mlm : Lagu Negaraku / Lagu UTHM / Doa
8.45 mlm – 9.45 mlm : Jamuan Makan & Persembahan Kombo UTHM
9.45 mlm - 10.00 mlm : Ucapan Pengerusi 1
Prof. Dr. Jailani bin Md Yunos
10.00 mlm - 10.15 mlm : Ucapan Naib Canselor UTHM
Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
10.05 mlm – 10.45 mlm : Ucapan & Perasmian
10.45 mlm – 11.00 mlm : Penyampaian Cenderamata
11.00 mlm : Bersurai
HARI 2 (27 Oktober 2009) ATURCARA
8.30 pagi – 10.00 pagi : Forum
10.00 pagi – 10.30 pagi : Kudapan
10.30 pagi – 11.30 pagi : Bengkel
11.30 pagi – 11.45 pagi : Rumusan Resolusi
11.45 pagi – 12.00 tgh : Ketibaan VVIP/VIP
12.00 tgh - 12.15 ptg : Ucapan Pengerusi 2
Dr. Azme Bin Khamis
12.15 tgh - 12.45 ptg : Ucapan Penutup Oleh Y Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
12.45 ptg - 1.00 ptg : Penyampaian Resolusi Dan Cenderamata
1.00 ptg : Makan Tengahari Dan Bersurai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment