Monday, January 25, 2010

Kempen Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2009/2010 akan berlangsung seperti makluman berikut

i) Perkara : Hari Penamaan Calon
Tarikh : 25 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

ii) Perkara : Hari Pengundian
Tarikh : 28 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi hingga selesai

3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membenarkan kepada calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 yang bertanding membuat rakaman semasa berkempen berdasarkan kepada tarikh rakaman yang ditetapkan pihak UCiTV.

Segala kerjasama serta jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

AHMAD KHAIRUL NIZAM BIN ALI
Pejabat Hal Ehwal Pelajar

No comments: