Sunday, January 17, 2010

Lawatan Delegasi Dari Shenzen Polytechnic, China

Tuan,

LAWATAN DELEGASI DARI SHENZEN POLYTECHNIC, CHINA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menerima kunjungan dari Schenzen Polytechnic dari 17 hingga 23 Januari 2010.

3. Sepanjang delegasi tersebut menjadi tetamu kepada UTHM, pelbagai program telah diatur. Justeru itu, pihak kami ingin memohon seorang jurukamera dari UCiTV untuk mengambil gambar dan juga membuat rakaman video sepanjang program. Bersama-sama surat ini juga disertakan tentatif program sebagai rujukan pihak tuan.

4. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
DR MUSTAFFA BIN HJ IBRAHIM
Pengarah Pejabat Antarabangsa

* Majlis Penutup - 21 Januari 2010
Bilik Seminar 2-Kompleks FKEE

No comments: