Friday, January 29, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (08) 27 Januari 2010

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 08/2010

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H peringkat universiti seperti butiran berikut :


Tarikh : 29 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Masjid Jamek UTHM

2. Sehubungan itu, semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis tersebut dan dikehendaki merekodkan kehadiran. Pegecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan serta staf yang komited dengan program/ aktiviti seperti persidangan/ seminar/ kursus.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara majlis untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/fs/26012010/pekelilingpengurusan



ATURCARA
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 4131H PERINGKAT UTHM
29 JANUARI 2010 (JUMAAT)
MASJID JAMEK UTHM

08.00 pagi : Ketibaan Staf

08.15 pagi : Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
08.30 pagi : Ketibaan Naib Canselor
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
08.40 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib
08.50 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Program
(Pengarah Pusat Islam)
09.00 pagi : Ceramah Maal Hijrah :
”Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah”
Oleh : Prof. Madya Dr. Wan Salim b. Wan Mohd. Nor
11.00 pagi : Jamuan dan bersurai

No comments: