Tuan,
Dengan sehala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga akan menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Johor untuk guru Daerah Batu Pahat dan Kluang, bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Butiran mengenai seminar ini adalah seperti berikut,
Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 7.45 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail & Dataran Terbuka, UTHM
Sesi Raptai : 15 Januari 2010 (Jumaat), Jam 2.45 petang
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memberikan perkhidmatan kemudahan LED Dektronics Display di Dataran Terbuka serta juruteknik bertugas sepanjang program tersebut diadakan. Bahan yang ingin disiarkan akan diberi kepada pihak tuan kemudian. Bersama-sama ini disertakan atur cara program untuk makluman dan rujukan pihak tuan selanjutnya.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'
Yang benar,
ESA MOHD DAIM
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment