Tuesday, January 19, 2010

Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2010



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (04) 14 Januari 2010



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 04/2010



MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2010

OLEH YBHG. PROF. DATO’ DR. MOHD. NOH DALIMIN

NAIB CANSELOR UTHM

&

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2010 dan Kaunter Khidmat Pelanggan.



2. Pusat Tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan bagi mengadakan kaunter khidmat pelanggan pada kali ini adalah Pejabat Bendahari dan Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti(PPSK) seperti ketentuan berikut:



Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2010



Tarikh : 19 Januari 2010 (Selasa)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail



Kaunter Khidmat Pelanggan



Tarikh : 19 Januari 2010 (Selasa)

Masa : 10.45 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dataran Terbuka



3. Semua staf diwajibkan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan masing-masing dipintu masuk dewan. Semua Dekan / Pengarah / Pengurus / Ketua Pusat / Bahagian / Unit diminta mempastikan semua staf hadir ke majlis yang di adakan. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pengawas Peperiksaan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof.Dato’/Prof./Tuan/Puan.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit









SH/fs/11012010/pekelilingpengurusan



--
Lampiran bersama email ini (secara pautan)tidak berfungsi jika dibuka
menggunakan aplikasi email lain (seperti yahoo, google dan sebagainya).

ATURCARA

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2010
OLEH YBHG. PROF. DATO' DR. MOHD. NOH DALIMIN
NAIB CANSELOR UTHM

19 JANUARI 2010 ( SELASA )

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

7.45 pagi : Ketibaan staf dan pegawai Universiti

8.05 pagi : Tazkirah oleh Prof. Madya Dr. Syed Muhammad
Dawilah al-Edrus, Pengarah Pusat Islam UTHM

8.30 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

8.35 pagi : Aluan Pengerusi Majlis

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Bangsa Johor

Bacaan Doa

8.40 pagi : Ucapan aluan Pengarah PPSK

8.45 pagi : Amanat Tahun Baru 2010 oleh YBhg. Prof. Dato'
Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM

10.05 pagi : Majlis penyampaian cenderahati

10.20 pagi : Nyanyian Lagu UTHM

10.25 pagi : Majlis perasmian kiosk mesin ATM di Dataran Masjid,
Padang Kawad

10.45 pagi : Lawatan ke kaunter khidmat pelanggan di Dataran
Terbuka

11.00 pagi : Jamuan Ringan

No comments: