Wednesday, January 20, 2010

Ucapan Amanat Tahun Baru Oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ucapan Amanat Tahun Baru Oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) akan diadakan seperti Lampiran 1.

3. Sehubungan itu, diharapkan pihak tuan/puan dapat membuat liputan dan rakaman untuk majlis tersebut. Kerjasama dan perhatian penuh pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
MUHAMMAD RADZI BIN KAMARUDIN
Pejabat Hal Ehwal Pelajar



LAMPIRAN 1.

i) Kolej Kediaman Tun Fatimah
Tempat : Ruang Legar KKTF
Tarikh : 20 Januari 2010
Masa : 8.30 malam

ii) Pejabat Pelajar Tanpa Asrama/ Taman Kelisa
Tempat : Kolej Kediaman Taman Kelisa
Tarikh : 25 Januari 2010
Masa : 8.30 malam

iii) Kolej Kediaman Taman Universiti
Tempat : Surau Taman universiti
Tarikh : 26 Januari 2010
Masa : 8.30 malam

No comments: