Friday, January 29, 2010

UTHM Drift Autochallenge Festival Kejuruteraan 2010






Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekretariat Festival Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Festival Kejuruteraan 2010 di mana salah satu daripada sub-program yang dirancang adalah UTHM Drift Autochallenge mengikut butiran berikut:

Tarikh : 29- 31 Januari 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Batu Pahat Mall, Batu Pahat.

3. Sehubungan itu, pihak program kami ingin memohon pihak tuan untuk merakam keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan drift, modifikasi kereta dan motor, pameran pencapaian UTHM, Mutiara Motors, PETMOS (F1 Petronas Truck), PDRM (Petrol Bike & Eagle Group), Bomba Resque Bike dan 4x4wd Klang Team.

4. Justeru, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbanglan permohonan ini. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program yang bakal berlangsung. Sebarang masalah sila hubungi Sdr. Afiq Akram Bin Yusof, selaku Pengerusi Program UTHM Drift Autuchallenge di talian 013-7794530. Segala pertimbangan dan budi bicara pihak tuan, pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'Conserve Today, Engineer The Future'
MOHD AFIQ AKRAM BIN YUSOF
Pengerusi Program
UTHM Drift Autochallenge

1 comment:

uthmdrift said...

ribuan terima kasih kepada pihak UCiTV UTHM yg telah memberi kerjasama yang cemerlang.. afiq..