Tuesday, December 29, 2009

Majlis Sesi Amanat Naib Canselor Bersama Pelajar Baru Semester II Sesi 2009/2010

Tuan,

MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN BAGI MAJLIS SESI AMANAT NAIB CANSELOR BERSAMA BERSAMA PELAJAR BARU SEMESTER II SESI 2009/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumakan bahawa Sesi Amanat Naib Canselor Bersama Pelajar Baru Semester II Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 29 Disember 2009
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Masa : 8.00 hingga 11.00 malam

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar menjemput pihak tuan untuk mengambil gambar dan membuat rakaman sepanjang majlis berkenaan berlangsung. Bersama-sama ini disertakan tentetif majlis berkenaan untuk rujukan dan tindakan pihak tuan seterusnya. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,
AHMAD KHIRUL NIZAM BIN ALI
b/p Timbalan Pendaftar Pej. HEP

No comments: