Wednesday, December 2, 2009

SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI


SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI

Pusat Islam Universiti Tun Hussein onn Malaysia akan menganjurkan 'SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI' yang bertujuan untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah islam sebagai faktor perubah masyarakat kampus dan luar kampus serta sejarah umat manusia amnya serta membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman para ilmuan, ahli akademik, pentadbir dan para pendakwah muda/ dewasa.



Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 2-3 December 2009

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Perasmi : Y. B Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama Islam)

Peserta : Terbuka kepada Imam-imam, Bilal-bilal dan Jabatan Kerajaan Seluruh Negeri Johor

Jumlah Peserta : 200 orang

Anjuran : Pusat Islam, UTHM

HARI PERTAMA ( 2/ 12 /2009- RABU)
08.00-09.00 pagi Pendaftaran & Sarapan Pagi
09.00-10.00 pagi Ucaptama 1: Dato’ Wan Mohamad b. Dato' Syeikh Abd. Aziz
Ketua Pengarah JAKIM
Tajuk: Perkembangan Dakwah Islam di Malaysia
10.00-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-11.30 pagi Perasmian Majlis oleh Y.A.B. Dato’ Hj. Abd. Ghani b. Othman
Menteri Besar Johor.
11.30-01.00 ptg PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 1

Sejarah Kedatangan Islam ke Alam Melayu
Perkembangan & Cabaran Dakwah Islam di Malaysia Sebelum Merdeka
Perkembangan & Cabaran Dakwah Islam di Malaysia Selepas Merdeka

01.00-02.00 ptg Makan Tengahari & Solat
02.30-03.30 ptg Ucaptama 2: Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman,
Pengarah,
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk: Peranan Warga Kampus Di Dalam Menyemarakkan Usaha Dakwah di IPT & Komuniti.
03.30-05.00 ptg PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 2

Peranan & Sumbangan Ahli Akademik Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti
Peranan & Sumbangan Pentadbir & Pengurus Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti
Peranan & Sumbangan Mahasiswa Islam Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti


05.00 ptg Minum Petang dan Bersurai

HARI KEDUA ( 3/ 12 /2009- KHAMIS)
08.30-09.00 pagi Sarapan Pagi
09.00-10.00 pagi Ucaptama 3: Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir b. Dato’ Kiyai Hj. Samsuddin.
Mufti Negeri Johor
Tajuk: Membangun Masyarakat Melalui Dakwah.
10.00-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-12.00 tgh PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 3

Institusi Masjid & Peranannya Dalam Membangun
Masyarakat Hadhari
Peranan Golongan Remaja Dalam Menyemarakkan Gerak Kerja Dakwah Dalam Masyarakat
Peranan & Sumbangan Wanita Dalam Perkembangan Dakwah

12.00-01.00 ptg Perasmian Penutup oleh Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd Noh b. Dalimin
Naib Canselor UTHM
01.00-02.00 ptg Makan Tengahari & Bersurai

(*JADUAL TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

No comments: