UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 ( 43 ) 25 November 2009
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 43/2009
TAKLIMAT DASAR PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan taklimat di atas seperti butiran berikut :
Tarikh : 04 Disember 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah A, Blok G3
2. Sehubungan itu, semua staf Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 diwajibkan hadir ke sesi taklimat tersebut. Bagi staf Kumpulan Pengurusan Dan Profesional adalah dijemput hadir. Semua staf yang hadir dikehendaki untuk merekodkan kehadiran di ruang legar Dewan Kuliah A, Blok G3 tersebut. Staf yang hadir ke sesi taklimat ini akan diberi jam kredit terhadap jumlah kursus yang dihadiri sepanjang tahun 2009.
3. Pegecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan serta staf yang komited dengan program/ aktiviti seperti persidangan/ seminar/ kursus.
4. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.
Sekian. Terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100
s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SH/mfaa/25112009/pekelilingpengurusan
Friday, December 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment