Tuesday, December 8, 2009

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (42) 26 November 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 42/2009

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

2. Pusat Tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan bagi mengadakan kaunter khidmat pelanggan pada kali ini adalah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP)/ Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia (FTMM) dan Pusat Islam seperti ketentuan berikut:

Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 08 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Kawasan Parkir Masjid
Pakaian : Pakaian Sukan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 08 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Anggerik

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan dan berkunjung ke Kaunter Khidmat Pelanggan jika ada sebarang kemusykilan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/rk/26112009/pekelilingpengurusan

ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
ANJURAN FKMP, FTMM DAN PUSAT ISLAM


7.40 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai Universiti

7.45 pagi : Senamrobik

8.30 pagi Minum Pagi

8.45 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi

-Nyanyian Lagu Negaraku

-Nyanyian Lagu Bangsa Johor

-Doa
(Ustaz Kamal Izhar b Kamarul Zaman)

: Ucapan Amanat Bulanan oleh
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

-Nyanyian Lagu UTHM

: Jamuan Ringan

9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan dibuka

12.00 tengahari : Kaunter Khidmat Pelanggan ditutup

No comments: