Friday, May 29, 2015

Program Muet My Way 2015 Musical Theatre


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y.Bhg Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,

Program Muet My Way 2015 Musical Theatre

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Program Muet My Way 2015 Musical Theatre seperti ketetapan berikut :

Tarikh              :29 Mei 2015 (Jumaat)

Masa                :8.00 malam

Tempat            :Tasik Kemajuan (Berhadapan Komplek G3)

Pakaian            :Semi Formal

Peserta             :Wakil Kolej Kediaman

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Y.Bhg Prof Dato/Prof/Tuan/Puan, untuk sama-sama hadir bagi menjayakan program ini. Program Muet My Way 2015 Musical Theatre juga merupakan salah satu platform melatih para pelajar dalam membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian MUET di UTHM . Semoga dengan kehadiran tersebut akan memeriahkan lagi majlis ini.


Sekian untuk makluman, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KAMI MENEROKA”



 
NORLIN BINTI BISTAMAM
Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman Perwira,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

No comments: