Wednesday, May 20, 2015

Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Universiti Komuniti (UCTC) IPTA


Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Y Bhg. Dato’/Prof./Prof Madya/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN PUSAT TRANSFORMASI UNIVERSITI KOMUNITI (UCTC) INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM KAMPUS PAGOH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Universiti Komuniti (UCTC) Institut Pengajian Tinggi Awam Kampus Pagoh akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Maka dengan itu, Y Bhg Dato/Prof/Prof Madya/Tuan/Puan dijemput bersama-sama ke majlis yang akan berlangsung seperti butiran berikut:

            Tarikh:  20 Mei 2015 (Rabu)
            Masa   :  2.00 petang
            Tempat:  Perkarangan Kampus Sementara UTHM Pagoh
            Pakaian:  Baju Korporat UTHM
           

Semoga dengan kehadiran Y Bhg Dato/Prof/Prof Madya /Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Kehadiran Y Bhg Dato/Prof/Prof Madya /Tuan/Puan akan direkodkan dan dikira sebagai jam latihan kursus kelak.  Kerjasama semua memanjangkan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

PROF. DATO’ DR. ABDUL RAZAK BIN HAJI OMAR
Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
Selaku Pengerusi Pelancaran Majlis UCTC Kampus Pagoh


MAJLIS PELANCARAN
PUSAT TRANSFORMASI UNIVERSITI KOMUNITI (UCTC) IPTA
20 Mei 2015
UTHM KAMPUS PAGOH
ATURCARA
2.00 Ptg
Ketibaan para hadirin
2.15 Ptg
Ketibaan Dif-dif kehormat
Ketibaan Naib Canselor UiTM
Ketibaan Naib Canselor UTHM
2.20 Ptg
Ketibaan Menteri Besar Johor
2.30 Ptg
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Nyanyian Lagu Johor
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak bin Haji Omar
Pengarah Majlis Pelancaran UCTC
Ucapan Perasmian oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Persembahan
Penyampaian sijil
Majlis menandatangani MOA, UTHM dan F.I.T Center Sdn. Bhd.
Penyampaian cenderamata
Sidang Media
Jamuan Makan
4.30 Ptg
Lawatan ke booth pameran / tapak expo
Bersurai
Kod Pakaian :Pakaian baju korporat

No comments: