Tuan,
MEMOHON PERKHIDMATAN RAKAMAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
Perkara di atas adalah dirujuk. Kami dari Program 'Finishing School' anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CAD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin memohon kerjasama dari pihak tuan untuk merakam majlis program motivasi kami yang akan berlangsung seperti yang akan dinyatakan di bawah.
2. Program ini akan berlangsung pada dan bertempat seperti yang berikut:
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah Batu Pahat
Tarikh : 5 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengahari
3. Diharap, dengan kerjasama dan kesudian dari pihak tuan akan melancarkan lagi program kami pada hari tersebut. Sokongan dan bantuan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Dyg Salwan bt Abg Abd Rahman
Ketua Program
Motivasi Pelajar Tingkatan 3
Sek. Men. Keb. Tun Aminah, Batu Pahat
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment