Tuan,
PERLANTIKAN JURUTEKNIK BAGI PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Fakultio Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama pejabat Pembangunan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan program khidmat masyarakat di DUN Serom pada 20 hingga 22 Mac 2009 sebagai salah satu Program Jalinan Universiti -Masyarakat yang telah dilancarkan oleh pihak UTHM.
3. Sehubungan dengan itu, pihak UCiTV bersetuju untuk melantik pihak tuan/puan terlibat untuk membuat rakaman program sepanjang tempoh program berlangsung tersebut di lokasi yang berkenaan.
4. Justeru itu, pihak kami berharap tuan/puan dapat membuat persediaan menguruskan segala peralatan teknikal dan logistik bermula 18 Mac sehingga 22 Mac 2009 di DUN Serom, Muar, Johor.
5. Diharap perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjsama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment