Wednesday, March 18, 2009

Majlis Penghargaan SAGA Fasa 1

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN JURUGAMBAR DAN VIDEO

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Universiti telah dipilih sebagai Agensi Terbaik Pelaksanaan SAGA Fasa 1 yang telah diadakan di UTHM pada 13 Mac 2009 yang lalu. Bagi mengahrgai komitmen dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan SAGA di Universiti, satu Majlis Penghargaan Sempena kejayaan UTHM sebagai Agensi Terbaik Pelaksanaan SAGA Fasa 1 akan diadakan pada 18 Mac 2009 (10.00pagi) di Dataran Terbuka. Untuk makluman pihak tuan majlis tersebut akan dihadiri oleh Dato' Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk menyediakan perkhidmatan jurugambar dan kemudahan video di sepanjang program berjalan.

Kerjasama daripada pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,
AZIZAH BINTI NASRI

No comments: