Sunday, March 15, 2009

Pertandingan Catur Bistari Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tuan,

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat TekoUsahawan (TEC) dengan kerjasama Biro-Biro Keusahawanan Kolej Kediaman UTHM akan menganjurkan Peryandinagn CATUR BISTARI peringkat UTHM pada 15 Mac 2009 (Ahad) di Dewan Peperiksaan F2 (bawah). Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membantu memberi pendedahan dan memupuk semangat jihat untuk menceburi bidang keusahawanan dikalangan mahasiswa/i UTHM melalui permainan baru berasaskan perniagaan.

3. Sehubungan dengan itu, TEC amat berbesar hati ingin menjemput pihak tuan merakamkan pertandingan tersebut bagi pihak TEC sebagai salah satu lagi aktiviti yang dianjurkan di UTHM.

4. Bersama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

PROF. MADYA NAWAWI B JUSOH
Ketua Pusat TeknoUsahawan


******
TENTATIF PROGRAM

8.30 PAGI : Pendaftaran Peserta & Minum pagi
9.00 Pagi : Taklimat Pertandingan
9.30 Pagi : Cabaran Catur Bistari
12.00 T/h : Ucapan aluan pihak penganjur & penyampain hadiah

No comments: