Thursday, March 19, 2009

10 Tahun kelab Iqra'


Tuan,

MEMOHON LIPUTAN SIARAN BERSEMPENA PROGRAM 10 TAHUN KELAB IQRA'

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Kelab Iqra' akan mengadakan program 10 Tahun Kelab Iqra' bersempena ulang tahun Kelab Iqra' yang ke-10 pada 19 hingga 21 Mac 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan membuat liputan untuk perjalanan program tersebut. Berikut adalah maklumat berkaitan perjalanan program:

Tarikh : 19 Mac 2009
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Majlis : Majlis Perasmian

Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan amat kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

'MEMBINA GENERASI AL-QURAN'

Yang benar,

MOHD FAKHRIE BIN IBRAHIM
Pengarah Program

No comments: