Monday, March 2, 2009

LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 12/2009

LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin akan melakukan lawatan kerja ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 02 Mac 2009 (Isnin)
Tempat : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Yang Berhormat Menteri juga akan membuat lawatan ke Projek Pembinaan Perpustakaan Universiti dan merasmikan bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti.

3. Sehubungan itu, staf yang terlibat dengan pembinaan bangunan perpustakaan dikehendaki menunggu kunjungan Yang Berhormat Menteri ditapak binaan. Manakala staf Pusat Kesihatan Universiti menunggu di bangunan Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang lain pula diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan di DTII. Staf yang terlibat dengan lawatan Yang Berhormat Menteri di tapak pembinaan perpustakaan dan perasmian bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti dikehendaki juga hadir ke DTII selepas majlis di kedua-dua tempat tersebut selesai. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan dimesin pengimbas yang disediakan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

4. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. /Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100

No comments: