Thursday, May 11, 2017

UTHM Berselawat bersama Habib Naqjamuddin Othman Al-Khered





Assalamualaikum WBT/Salam Hormat.
Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS UTHM BERSELAWAT BERSAMA HABIB NAQJAMUDDIN OTHMAN AL-KHERED
Dengan penuh takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.
  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dengan kerjasama Pusat Islam UTHM dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Sultan Ibrahim UTHM akan menganjurkan Majlis UTHM Berselawat seperti ketetapan berikut;

                        Program         :   UTHM Berselawat
                        Tarikh            :   11 Mei 2017 (Khamis)
                        Masa               :   9.00pm hingga 11.00pm
                        Tempat           :   Ruang Solat Utama, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

  1. Untuk makluman pihak Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan, majlis ini bakal dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Habib Naqjamuddin Othman Al-Khered yang akan menyampaikan tausiyyah beliau semasa majlis berlangsung. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan Malam Nisfu Syaaban di samping menanam serta memupuk rasa cinta kepada Baginda Rasulullah SAW.
  2. Oleh yang demikian, besar hajat kami ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri majlis ini. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan akan menambahkan lagi seri serta barakah majlis yang akan dilangsungkan ini.
Semoga jemputan ini mendapat perhatian penuh Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

PEJABAT
KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
--
7.00pm- Ketibaan Para pelajar
7.15pm- Iftar Jamaie
7.30pm- Solat Maghrib berjemaah
8.00pm- Bacaan Yaasiin bersempena Malam Nisfu Syaaban
8.30pm- Solat Isya' berjemaah
9.00pm- Ketibaan Habib Naqjamuddin & VIP
9.15pm- Majlis UTHM berselawat berlangsung & Tausiyyah daripada Habib Naqjamuddin
10.45pm- Majlis bersurai ; MINUM MALAM

No comments: