Roadshow : University Transformation Programme (UniTP) Orange Book - Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (92) 14 Mei 2017
_____________________________
PEKELILING AM BIL.21 TAHUN 2017
_____________________________
JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK : STRENGTHENING ACADEMIC CAREER PATHWAYS AND LEADERSHIP DEVELOPMENT ZON SELATAN
Sukacita dimaklumkan bahawa, buku panduan (playbook) University Transformation Programme (UniTP) Orange Book : Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development telah dilancarkan pada 14 Julai 2016. Ia merupakan salah satu inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT). UniTP Orange Book menyediakan garis panduan kepada Universiti Awam (UA) dalam melaksanakan empat (4) laluan kerjaya bagi staf akademik iaitu laluan kerjaya pengajaran, laluan kerjaya penyelidikan, laluan kerjaya amalan profesional dan laluan kerjaya kepimpinan institusi.
- Untuk makluman, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jerayawara UniTP Orange Book : Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development di 7 lokasi seluruh negara (Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Pantai Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada staf akademik di universiti awam (UA) mengenai empat (4) laluan kerjaya tersebut dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya. UTHM telah dilantik sebagai tuan rumah Zon Selatan yang melibatkan komuniti akademik daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sehubungan itu, SEMUA STAF AKADEMIK yang prihatin dengan laluan kerjaya masing-masing adalah dipersilakan hadir ke jerayawara tersebut yang akan diadakan sebagaimana maklumat berikut:
Tarikh : 16 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim
Aturcara : Sila rujuk lampiran
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Ketua Kampus Cawangan Pagoh
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
AHAR/SSAS/s15052017/Pekeliling Am UTHM
------------------------------------------------------------------------------------------
AGENDA JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK :
STRENGTHENING ACADEMIC CAREER PATHWAYS AND LEADERSHIP
DEVELOPMENT ZON SELATAN
Tarikh : 16 Mei 2017 (Selasa)
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM
9:30 pagi : Bacaan Doa
9:35 pagi : Kata-kata Aluan YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly,
Naib Canselor UTHM
9:45 pagi : Chapter 1: Differentiated Career Pathways for
Talent Excellence oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
Profesor, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi
Malaysia/ Ahli Penulis UniTP Orange Book
Sesi Soal Jawab
10.40 pagi : Chapter 2: Implementing Differentiated Career
Pathways oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
Profesor, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi
Malaysia/ Ahli Penulis UniTP Orange Book
Sesi Soal Jawab
11:35 pagi : Chapter 3: Developing and Sustaining Leadership
Excellence oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Rushdan bin
Mohd Jailani Timbalan Pengarah, Pusat Latihan
Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi
(AKEPT)/ Pengulas UniTP Orange Book
Sesi Soal Jawab
12.30 tengahari : Majlis Bersurai
No comments:
Post a Comment