Sunday, May 7, 2017

Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg Naib Canselor UTHM Bil 3/2017 dan Upacara Pra-Pelancaran Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM 2017


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (87)                                                         3 Mei 2017

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 17 TAHUN 2017
_____________________________

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA
YBHG NAIB CANSELOR UTHM BIL.3/2017 DAN
UPACARA PRA-PELANCARAN DANA WAKAF TUNAI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Naib Canselor dan Pejabat Pendaftar akan menganjurkan ”Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg Naib Canselor UTHM Bil.3/2017 dan Upacara Pra-Pelancaran Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM 2017”seperti ketetapan berikut:

                    Tarikh         :        07 Mei 2017 (Ahad)
                    Masa           :        8.00 pagi
                    Tempat        :        Perkarangan Bangunan PTTA
                    Pakaian         :        Baju Batik

  1. Untuk makluman YBhg. Dato’/ YBhg. Prof/ Tuan/ Puan, Universiti akan mengadakan upacara Pra-Pelancaran bagi pelaksanaan Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM pada perhimpunan kali ini. Untuk itu, tabung khas bagi dana ini akan diedarkan sebaik sahaja upacara pra-pelancaran di sempurnakan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ YBhg. Prof/ Tuan/ Puan, adalah dengan segala hormatnya dipelawa untuk menjadi penyumbang terawal kepada dana wakaf ini dengan menghulurkan sumbangan secara terus ke tabung-tabung yang akan diedarkan selepas majlis ini. Semoga sumbangan wakaf ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT sebagai satu jariah yang berkekalan.

  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.


Sekian, terima kasih.





..2 



-2-

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100


s.k.    -        YBhg. Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
          -        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
          -        Ketua Kampus Cawangan Pagoh
          -        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
          -        Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
          -        Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
          -        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
          -        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat


AHAR/SSAS/s/02.05.2017/pekeliling am UTHM

No comments: