Tuesday, May 9, 2017

Karnival Kesenian & Kemahiran (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2017



MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL KESENIAN DAN KEMAHIRAN 2.0 (KARSEH 2.0) PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.     Sukacita dimaklumkan, bahawa Unit Pendidikan Khas, Daerah Batu Pahat bersama fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (UTHM) akan menganjurkan (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat 2017. Majlis tersebut akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:-
                   Tarikh            : 9 Mei 2017 (Selasa)
                    Masa            : 11.30 pagi                    Tempat         : Dewan Sultan Ibrahim                                            Universiti Tun Hussein Onn Malaysia                                            Parit Raja, Batu Pahat, Johor                    Perasmi       : Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Asri bin Selamat                                             Tim. Naib Canselor, (HEP dan Alumni) UTHM                    Aturcara       : Seperti dilampirkan 

3.     Sehubungan dengan itu, sila muat turun surat berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Karnival Kesenian & Kemahiran (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2017 merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum disamping memberi peluang kepada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan menonjolkan bakat sedia ada. 
Pada tahun ini Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) serta Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) agar penganjuran karnival ini dilaksanakan di sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. 




No comments: