Thursday, May 25, 2017

Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 25 Mei 2017


[MEMO PONDOK UNIVERSITI]
Assalamualaikum semua.
In shaa Allah Khamis ini Program Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 akan diteruskan bersama :

๐Ÿ‘ณ๐ŸปPenceramah: Al- Fadhil Kiyai Hj Suhaili bin Solihin
๐Ÿ“—Pengajian Kitab : Bacaan Ratib Al-Haddad dan Pengajian Kitab Tafsir Juzu' Amma

๐Ÿ“†Tarikh & Hari : 25 Mei 2017 || Khamis
Masa: 2.15 ptg ~ 4.00 ptg
๐Ÿ•ŒTempat: Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

Muslimin muslimat dijemput hadir.
Mohon sebar-sebarkan.

Wednesday, May 24, 2017

Taklimat Pengawas Peperiksaan Semester II Sesi 2016/2017

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof/Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa taklimat yang tersebut di atas adalah dipinda seperti ketetapan berikut:
 
    Tarikh :     24 Mei, 2017/ Rabu
     Masa :     2.00 petang
    Tempat :    Bangunan F2 Atas
 
Sehubungan itu, kerjasama Y.Bhg. Prof/Tuan/Puan adalah dpohon untuk menghadirkan diri ke taklimat yang tersebut di atas bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pelaksanaan peperiksaan akhir semester II sesi 2016/2017. Taklimat kali ini akan melibatkan juga Bahagian Perundangan, Pejabat Naib Canselor bagi memberi penerangan berkaitan Tatatertib Peperiksaan Akhir. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Taklimat berkenaan untuk makluman dan tindakan YBhg.Prof./Tuan/Puan selanjutnya.


ATURCARA SESI PERJUMPAAN PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2016/2017 BERSAMA PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) DAN BAHAGIAN PERUNDANGAN, PEJABAT NAIB CANSELOR


2.00 Petang-Ketibaan Pengawas Peperiksaan
2.30 petang-Sesi Penerangan Tugas dan Tanggungjawab Pengawas Peperiksaan oleh Pejabat Pengurusan Akademik
3.00 petang-Taklimat Tatacara Tatatertib Peperiksaan Akhir oleh Bahagian Perundangan, Pejabat Naib Canselor
3.30 petang-Sesi Soal Jawab
3.45 ptang-Majlis Bersurai


ZURAIDA BTE BOSRI
ACADEMIC MANAGEMENT OFFICE
UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA BATU PAHAT
JOHOR
TEL : 07-4537691
FAX : 07-4536085

Sesi Perkongsian Ilmu Bil 2/2017 AKRAB UTHM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Y. Bhg. Prof. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN SESI PERKONGSIAN ILMU BIL 2/2017 AKRAB UTHM

Sukacita dimaklumkan satu program Perkongsian Ilmu akan diadakan pada 24 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Dewan 3 UTHM mulai jam 8.30 pagi. Semua ahli AKRAB adalah diminta untuk menghadirkan diri. Berikut ialah senarai tentatif program :

8.30 pagi - sesi pendaftaran 
9.00 pagi - sesi fotografi raya beramai - ramai di Dataran Ilmu
9.10 pagi - sesi ceramah "Marhaban Ya Ramadhan:
10.30 pagi - penyampaian cenderamata
11.00 pagi - sesi rakaman videoraya
11.30 pagi - Jamuan ala Pagi Raya
12.00 tgh - bersurai

Kepada SEMUA ahli AKRAB sila memakai pakaian Hari Raya pada program tersebut dan sila sahkan kehadiran ke email akrab@uthm.edu.my pada atau sebelum 22 Mei 2017 jam 5.00 petang. 

Sekian Terima kasih

AKRAB UTHM : MENEROKA POTENSI DIRI

Tn Hj Zainudin Bin Md Noh
Presiden
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537222

Friday, May 19, 2017

Wacana Ilmu Mei 2017

Wacana Ilmu anjuran Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokukikulum

Kepentingan Integriti Dalam Pembangunan Negara : Apa Peranan Universiti?

Tarikh : 19 Mei 2017 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi ~ 12.30 tgh
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Thursday, May 18, 2017

Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 18 Mei 2017


[MEMO PONDOK UNIVERSITI ]

Assalamualaikum semua.

In shaa Allah khamis ini Program Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 akan diteruskan bersama :

๐ŸปPenceramah : Ustaz Sheikh Abu Zaki bin Yusuf as Sanggafuri al Hadhrami

Kitab: Penawar bagi hati
 (karangan Sheikh Abd Qadir al Mandili)

Tarikh & Hari : 18 Mei 2017 || Khamis

Masa: 2.15 ptg ~ 4.00 ptg

Tempat: Dewan Seminar al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

Muslimin muslimat dijemput hadir.


Mohon sebar-sebarkan

Program Daurah Pengajian Sifat 20

Program Daurah Pengajian Sifat 20

Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 tgh
Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi

Wednesday, May 17, 2017

Majlis Refleksi Pencapaian KPI UTHM Bagi Suku Tahun Pertama 2017




Majlis Refleksi Pencapaian KPI UTHM Bagi Suku Tahun Pertama 2017
Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM

Karnival Inovasi kali ke-8 Pusat Pengajian Diploma


Karnival Inovasi kali ke-8 Pusat Pengajian Diploma (CeDS)

Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi ~ 2.00 ptg
Tempat : Dewan Terbuka UTHM

Tuesday, May 16, 2017

University Transformation Programme (UniTP) Orange Book - Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development


Roadshow : University Transformation Programme (UniTP) Orange Book - Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (92)                                                       14 Mei 2017

_____________________________

                               PEKELILING AM BIL.21 TAHUN 2017         
_____________________________

JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK : STRENGTHENING ACADEMIC CAREER PATHWAYS AND LEADERSHIP DEVELOPMENT ZON SELATAN

Sukacita dimaklumkan bahawa, buku panduan (playbookUniversity Transformation Programme (UniTP) Orange Book : Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development  telah dilancarkan pada 14 Julai 2016. Ia merupakan salah satu inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT).  UniTP Orange Book menyediakan garis panduan kepada Universiti Awam (UA) dalam melaksanakan empat (4) laluan kerjaya bagi staf akademik iaitu laluan kerjaya pengajaran, laluan kerjaya penyelidikan, laluan kerjaya amalan profesional dan laluan kerjaya kepimpinan institusi.

  1. Untuk makluman, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jerayawara UniTP Orange Book : Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development di 7 lokasi seluruh negara (Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Pantai Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada staf akademik di universiti awam (UA) mengenai empat (4) laluan kerjaya tersebut dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya.  UTHM telah dilantik sebagai tuan rumah Zon Selatan yang melibatkan komuniti akademik daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 Sehubungan itu, SEMUA STAF AKADEMIK yang prihatin dengan laluan kerjaya masing-masing adalah dipersilakan hadir ke jerayawara tersebut yang akan diadakan sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh          :        16 Mei 2017 (Selasa)
Masa           :        9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat        :        Dewan Sultan Ibrahim
Aturcara      :        Sila rujuk lampiran

Sekian, terima kasih.
                                     


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.    -        YBhg. Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
          -        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
          -        Ketua Kampus Cawangan Pagoh
          -        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
          -        Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
          -        Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
          -        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
          -        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


AHAR/SSAS/s15052017/Pekeliling Am UTHM



------------------------------------------------------------------------------------------



AGENDA JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK :
STRENGTHENING ACADEMIC CAREER PATHWAYS AND LEADERSHIP
DEVELOPMENT ZON SELATAN
 
Tarikh :  16 Mei 2017 (Selasa)
Tempat : Dewan Sultan  Ibrahim (DSI), UTHM
 
 
9:30 pagi              :      Bacaan Doa
 
9:35 pagi              :      Kata-kata Aluan YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly,                            
                                    Naib Canselor UTHM
 
9:45 pagi              :      Chapter 1: Differentiated Career Pathways for                                              
                                    Talent Excellence oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias                                               
                                   Profesor, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi                                                          
                                   Malaysia/ Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
                                      Sesi Soal Jawab
 
10.40 pagi            :      Chapter 2: Implementing Differentiated Career                                            
                                    Pathways oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias                                                   
                                   Profesor, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi                                                          
                                   Malaysia/ Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
                                      Sesi Soal Jawab    
 
11:35 pagi           :       Chapter 3: Developing and Sustaining Leadership                     
                                    Excellence oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Rushdan bin                     
                                   Mohd Jailani Timbalan Pengarah, Pusat Latihan                                 
                                    Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi                    
                                    (AKEPT)/ Pengulas UniTP Orange Book
 
                                    Sesi Soal Jawab
 
12.30 tengahari    :        Majlis Bersurai
 

 

Sunday, May 14, 2017

Majlis Anugerah Pelajar 2016


Majlis Anugerah Pelajar 2016

Tarikh : 14 Mei 2017 (Ahad)
Masa : 8.00~11.00 malam
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Bicara Undang-Undang (BUU) – Siri 1 “Penjamin : Implikasi Dari Sudut Perundangan”



Bicara Undang-Undang (BUU) – Siri 1 “Penjamin : Implikasi Dari Sudut Perundangan”
Tarikh : 14 Mei 2017 (Ahad)
Tempat : Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Penceramah : Tuan Mohaji bin Selamat ( Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail, Peguambela & Peguamcara )

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Letter of Intent (LOI)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) diantara UTHM dengan WTW Training House dan Letter of Intent (LOI) di antara UTHM dengan Universitas Ahmad Dahlan, Indonesia

Tarikh : 14 Mei 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5, Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM

Anjuran Pejabat Hubungan Universiti dan Industri

Friday, May 12, 2017

Majlis Hol Jamak Tokoh Ilmuan Islam Permata Di Batu Pahat




*MAJLIS HOL JAMAK TOKOH ILMUAN ISLAM PERMATA DI BATU PAHAT* ๐ŸŒ•
Assalamualaikum.
*Majlis Hol Jamak Tokoh Ilmuan Islam Permata Di Batu Pahat* akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:
๐Ÿ“† Tarikh: *12 Mei 2017,Jumaat*
 Masa: *6.00 pm*
๐Ÿ•Œ Tempat: *Masjid Sultan Ibrahim, UTHM*
๐Ÿ‘ณ๐Ÿป Tausiyyah oleh: *al-Fadhil Syeikh Abu Zaki bin Yusuf As-Sanggafuri Al-Hadrami*
๐ŸŽˆ *Jamuan* disediakan selepas majlis.
๐ŸŒธ Sebarkan kepada rakan-rakan dan semoga Allah SWT masukkan kita dalam golongan yang duduk dalam majlis ini. InshaAllah.
Tentatif program:
6.00 petang : Ketibaan tetamu jemputan
7.15 petang : Solat maghrib berjemaah
7.30 petang : Bacaan Yassin
8.20 malam : Solat Isya'berjemaa
9.00 malam : Tausiyyah daripada Sheikh Abu Zaki As-Sanggafuri Al-Hadrami​
10.30 malam : Jamuan

Thursday, May 11, 2017

UTHM Berselawat bersama Habib Naqjamuddin Othman Al-Khered





Assalamualaikum WBT/Salam Hormat.
Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS UTHM BERSELAWAT BERSAMA HABIB NAQJAMUDDIN OTHMAN AL-KHERED
Dengan penuh takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.
  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dengan kerjasama Pusat Islam UTHM dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Sultan Ibrahim UTHM akan menganjurkan Majlis UTHM Berselawat seperti ketetapan berikut;

                        Program         :   UTHM Berselawat
                        Tarikh            :   11 Mei 2017 (Khamis)
                        Masa               :   9.00pm hingga 11.00pm
                        Tempat           :   Ruang Solat Utama, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

  1. Untuk makluman pihak Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan, majlis ini bakal dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Habib Naqjamuddin Othman Al-Khered yang akan menyampaikan tausiyyah beliau semasa majlis berlangsung. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan Malam Nisfu Syaaban di samping menanam serta memupuk rasa cinta kepada Baginda Rasulullah SAW.
  2. Oleh yang demikian, besar hajat kami ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri majlis ini. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan akan menambahkan lagi seri serta barakah majlis yang akan dilangsungkan ini.
Semoga jemputan ini mendapat perhatian penuh Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

PEJABAT
KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
--
7.00pm- Ketibaan Para pelajar
7.15pm- Iftar Jamaie
7.30pm- Solat Maghrib berjemaah
8.00pm- Bacaan Yaasiin bersempena Malam Nisfu Syaaban
8.30pm- Solat Isya' berjemaah
9.00pm- Ketibaan Habib Naqjamuddin & VIP
9.15pm- Majlis UTHM berselawat berlangsung & Tausiyyah daripada Habib Naqjamuddin
10.45pm- Majlis bersurai ; MINUM MALAM

Tuesday, May 9, 2017

Karnival Kesenian & Kemahiran (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2017



MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL KESENIAN DAN KEMAHIRAN 2.0 (KARSEH 2.0) PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.     Sukacita dimaklumkan, bahawa Unit Pendidikan Khas, Daerah Batu Pahat bersama fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (UTHM) akan menganjurkan (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat 2017. Majlis tersebut akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:-
                   Tarikh            : 9 Mei 2017 (Selasa)
                    Masa            : 11.30 pagi                    Tempat         : Dewan Sultan Ibrahim                                            Universiti Tun Hussein Onn Malaysia                                            Parit Raja, Batu Pahat, Johor                    Perasmi       : Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Asri bin Selamat                                             Tim. Naib Canselor, (HEP dan Alumni) UTHM                    Aturcara       : Seperti dilampirkan 

3.     Sehubungan dengan itu, sila muat turun surat berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Karnival Kesenian & Kemahiran (KARSEH 2.0) Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2017 merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum disamping memberi peluang kepada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan menonjolkan bakat sedia ada. 
Pada tahun ini Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) serta Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) agar penganjuran karnival ini dilaksanakan di sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. 




Majlis Menandatangani MOU antara UTHM dengan HPMT Industries Sdn. Bhd.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MOU di antara UTHM dengan HPMT Industries Sdn. Bhd.

Tarikh : 9 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : HPMT Industries Sdn. Bhd., No5, Jalan Sungai Kayu Ara 32/39, Taman berjaya, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor

Sunday, May 7, 2017

Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg Naib Canselor UTHM Bil 3/2017 dan Upacara Pra-Pelancaran Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM 2017


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (87)                                                         3 Mei 2017

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 17 TAHUN 2017
_____________________________

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA
YBHG NAIB CANSELOR UTHM BIL.3/2017 DAN
UPACARA PRA-PELANCARAN DANA WAKAF TUNAI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Naib Canselor dan Pejabat Pendaftar akan menganjurkan ”Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg Naib Canselor UTHM Bil.3/2017 dan Upacara Pra-Pelancaran Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM 2017”seperti ketetapan berikut:

                    Tarikh         :        07 Mei 2017 (Ahad)
                    Masa           :        8.00 pagi
                    Tempat        :        Perkarangan Bangunan PTTA
                    Pakaian         :        Baju Batik

  1. Untuk makluman YBhg. Dato’/ YBhg. Prof/ Tuan/ Puan, Universiti akan mengadakan upacara Pra-Pelancaran bagi pelaksanaan Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM pada perhimpunan kali ini. Untuk itu, tabung khas bagi dana ini akan diedarkan sebaik sahaja upacara pra-pelancaran di sempurnakan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ YBhg. Prof/ Tuan/ Puan, adalah dengan segala hormatnya dipelawa untuk menjadi penyumbang terawal kepada dana wakaf ini dengan menghulurkan sumbangan secara terus ke tabung-tabung yang akan diedarkan selepas majlis ini. Semoga sumbangan wakaf ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT sebagai satu jariah yang berkekalan.

  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.


Sekian, terima kasih.





..2 



-2-

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100


s.k.    -        YBhg. Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
          -        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
          -        Ketua Kampus Cawangan Pagoh
          -        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
          -        Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
          -        Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
          -        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
          -        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat


AHAR/SSAS/s/02.05.2017/pekeliling am UTHM

Saturday, May 6, 2017

Majlis Menandatangani MoA antara UTHM dgn MATA dan MoU antara UTHM dengan Sharp

Majlis Menandatangani Memorandun Perjanjian (MOA) di antara UTHM dgn Malaysian Aviation Training Academy (MATA) dan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara UTHM dengan Sharp Manufacturing Corporation (M) Sdn. Bhd.

Tarikh : 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kings Green Hotel City Centre Melaka

Anjuran Pejabat Hubungan Universiti dan Industri

Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri 2017



Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri 

Tarikh : 2-7 Mei 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : UTHM

Thursday, May 4, 2017

Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 4 Mei 2017


[MEMO PONDOK UNIVERSITI ]

Assalamualaikum semua.

In shaa Allah khamis ini Program Pengajian Pondok Universiti Musim ke-4 akan diteruskan bersama :

๐ŸปPenceramah : Ustaz Sheikh Abu Zaki bin Yusuf as Sanggafuri al Hadhrami

Kitab: Penawar bagi hati  (karangan Sheikh Abd Qadir al Mandili)

Tarikh & Hari : 4 Mei 2017 || Khamis
Masa: 2.15 ptg ~ 4.00 ptg
Tempat: Dewan Seminar al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Mohon sebar-sebarkan.