Thursday, August 18, 2011

Syarahan Perdana Siri 6/2011


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/5/1 ( 66 ) 17 Ogos 2011



_____________________________



PEKELILING AM BIL. 57 TAHUN 2011

_____________________________



MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 6 TAHUN 2011



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 6 Tahun 2011 sebagaimana ketetapan berikut :



Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Pemidato : YBhg. Profesor Dr. Sulaiman bin Yamin

Fakulti Pendidikan Teknikal

Tajuk : ‘Assessment Test Anxiety And Achievement’



2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.



3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan.



4. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.



5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,







SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' : 07-4537100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/myh/15.08.2011/Pekeliling Am UTHM









ATURCARA

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 6 TAHUN 2011

18 OGOS 2011

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

**********************************************





9.15 pagi : Ketibaan Ahli Senat ke Dewan 1

(Sesi Pemakaian Jubah)



9.30 pagi : Ketibaan TNC, Pendaftar dan Pemidato di Bilik Menunggu VIP

(Sesi Pemakaian Jubah)



Staf dan Tetamu mengambil tempat di dalam dewan





9.40 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor di Bilik Menunggu VIP



9.45 pagi : Sesi Bergambar



10.00 pagi : Perarakan masuk Ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik

gamelan



Perarakan masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh TNC (A&A), TNC (P&I) dan Pendaftar



: Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Bangsa Johor



: Bacaan Doa



: YBhg. TNC (A&A) memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana



: Syarahan Perdana oleh Pemidato YBhg. Profesor Dr. Sulaiman

bin Yamin dengan tajuk ‘Assessment Test Anxiety And

Achievement?’



: Penyampaian Ulasan Syarahan oleh YBhg. TNC (A&A)



: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UTHM



: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM



: Perarakan keluar Naib Canselor, TNC, Pendaftar dan Pemidato



: Perarakan keluar ahli senat



12.00 t/hari : Bersurai










No comments: