Friday, August 5, 2011

PROGRAM SEHARI BERSAMA HAFIZ PALESTIN


Assalamualaikum wr. wb.



Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan



PROGRAM SEHARI BERSAMA HAFIZ PALESTIN



Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn dengan kerjasama Haluan Palestin, JAKIM dan Rabitah Ulama’ Palestin telah bersetuju menerima seorang huffaz Palestin untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Ramadhan 1432H. Berikut adalah maklumat berkaitan program tersebut:



Tarikh : 5 Ogos 2011

Masa : Mulai jam 12:00pm hingga Selesai Solat Tarawih

Tempat : Masjid UTHM

Biodata Hafiz : Abdullah bin Mohd Yusof Al hafiz

Universiti Jordan (Jurusan Mechatronik)

Asal dari Jurusalem, Palestin

Berusia 22 tahun

Aturcara :



12:00pm – 01:00pm : Tazkirah (semua staf)

01:00pm – 02:30pm : Solat Jumaat

02:30pm – 04:30pm : Sanad Al-Fatihah (staf lelaki sahaja)**

04:40pm – 05:10pm : Solat Asar

07:20pm – 08:30pm : Berbuka puasa dan Solat Maghrib

08:32pm – 09:45pm : Solat Isyak dan Solat Tarawih

09:45pm : Selesai





Sehubungan itu, semua staf dijemput hadir ke majlis tazkirah. Y.Bhg. Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai program berkenaan di halaman web http://pi.uthm.edu.my.



** Sanad Al-Fatihah



Pusat Islam membuka peluang kepada staf lelaki seramai 20 orang sahaja untuk mengambil Sanad Al-Fatihah daripada hafiz Palestin ini. Pusat Islam akan memohon kepada Unit Latihan dan Kursus supaya kehadiran mereka yang mendaftar akan dimasukkan dalam jam kursus. Sila maklumkan nama, PTj dan sambungan telefon kepada Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman melalui email atau sambungan 7496 selewat-lewatnya pada 4 Ogos 2011.



Pada 5 Ogos 2011 juga akan diadakan kutipan derma untuk masyarakat Palestin di Masjid UTHM.



Sekian dimaklumkan, terima kasih.





“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang Benar





Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah,
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, MALAYSIA


--

No comments: