Thursday, August 18, 2011

SESI LAWATAN LOKASI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2011

Subject: SESI LAWATAN LOKASI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2011


YBhg.Prof./Tuan/Puan,

SESI LAWATAN LOKASI KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2011

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2011 pada 15 hingga 20 September 2011 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri sesi lawatan lokasi tersebut bagi membincangkan bersama berkaitan penyelarasan kejohanan. Butiran lawatan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa Berkumpul : 07.30 Pagi
Tempat Berkumpul : Dewan Terbuka
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

4. Kehadiran dan sokongan tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



AZLI BIN PUDDIN
Pengurus
Pusat Sukan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
 7482



Mohd Hazrin Bin Abd Rahman
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan
Tel: 07-4537486
Fax: 07-4536808
Email:hazrin@uthm.edu.my


--
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

No comments: