Thursday, August 18, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-54


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/5/1 ( 67 ) 17 Ogos 2011





_____________________________



PEKELILING AM BIL. 58 TAHUN 2011

_____________________________



MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TAHUN 2011



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Pusat Islam dan PALAPES akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-54 peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2011 sepertimana ketetapan berikut :



Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)

Masa : 6.10 petang – 10.00 malam

Tempat : Masjid UTHM



2. Sehubungan dengan itu, semua staf universiti yang beragam Islam dipersilakan hadir untuk mengimarahkan lagi program kerohanian yang dianjurkan oleh pihak universiti. Semoga usaha ini mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T di dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak.



3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' : 07-4537100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit







SH/myh/17.08.2011/Pekeliling Am UTHM









ATURCARA



MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TAHUN 2011



18 OGOS 2011 (KHAMIS)



MASJID JAMEK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



**********************************************





6.15 petang : Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan



6.30 petang : Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor



6.45 petang : Sesi Tazkirah ‘Munazarah Introspektif Kemerdekaan’

Oleh Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus

Pengarah Pusat Islam



7.18 malam : Majlis Berbuka Puasa



: Solat Maghrib



: Bacaan Yasin dan Tahlil



: Solat Isyak



: Solat Terawih



: Jamuan ‘Moreh’



10.30 malam : Selesai dan bersurai





**********************************************




No comments: