Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam dan Nuzul Al-Quran sempena Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamualaikum...w.b.t

Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM DAN NUZUL AL-QURAN 1432 HIJRAH PERINGKAT UTHM

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Majlis Khatam dan Nuzul Al-Quran sempena Ramadhan 1432 Hijrah iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2011
Masa : 2.00 petang hingga selesai
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
Penceramah : Ust. Mahyudin bin Md Sarip
(Peg.Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM)

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan dan semua staf di bawah seliaan untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan ke majlis ilmu ini, akan diberkati Allah S.W.T hendaknya. Semua staf yang hadir diminta merakam kehadiran di mesin perakam waktu yang disediakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk tindakan selanjutnya.


Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA”

Yang benar,

PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia




MAJLIS KHATAM DAN NUZUL AL-QURAN 1432H
PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Tarikh : 25 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 2:00 pm
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Masjid UTHM
Aturcara Majlis Ceramah dan Khatam al-Quran di DTII
02:00 pm : Ketibaan staf dan Pegawai-pegawai Kanan
02:20 pm : Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
02:25 pm : Bacaan doa
02:30 pm : Ceramah Nuzul al-Quran oleh
Ustaz Mahyudin bin Sarip, Pegawai Hal Ehwal Islam,
Universiti Teknologi Malaysia
03:30 pm : Majlis Khatam al-Quran
04:30 pm : Solat Asar dan bersurai

Aturcara Majlis Berbuka Puasa di Masjid
06:45 pm : Ketibaan staf dan Pegawai-pegawai Kanan
07:00 pm : Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
07:16 pm : Jamuan Majlis Berbuka Puasa
: Solat Maghrib
: Solat Isyak
: Solat Terawih
: Bersurai

No comments: