Dialog Bersama Pintas IP & Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) sempena Hari Harta Intelek 2011
Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan akan mengadakan program dialog bersama Pintas IP dan Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd (MTDC) sempena Hari Hari Harta Intelek 2011. Butiran mengenai program ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 April 2011 (Khamis)
Masa: 12.45 t/hari - 5.00 petang
Tempat:Dewan kuliah 2, Bangunan Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Penyertaan staf akademik dan bukan akademik amat dialu-alukan.
E-mel kepada nrsuhada@uthm.edu.my sebelum 26 April 2011 untuk pengesahan kehadiran.
Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT/DIALOG HARI HARTA INTELEK SEMPENA ”UNESCO DAY 2011” BERSAMA PINTAS IP DAN MALAYSIA TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION SDN. BHD (MTDC)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan akan mengadakan program dialog bersama Pintas IP dan Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd (MTDC) sempena Hari Unesco 2011.
3. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri dialog tersebut seperti maklumat berikut:
Tarikh : 28 April 2011 (Khamis)
Tempat : Dewan kuliah 2, Bangunan Perpustakaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Aturcara : Rujuk Lampiran
4. Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan ingin mengalu-alukan penyertaan program ini dikalangan staf akademik dan staf bukan akademik. Penyertaan staf dalam program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf.
5. Mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran seperti di lampiran 1 atau email : nrsuhada@uthm.edu.my selewat-lewatnya sebelum 26 April 2011 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Ng Wee Fern / En. Khalil bin Mohamad di talian 07-4538394/8395.
6. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
’DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’
Yang benar,
NG WEE FERN
b.p : Dekan (Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan)
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
samb : 8394
ATURCARA MAJLIS
Hari Harta Intelek Sempena ”Unesco Day 2011”
28 April 2011 (Khamis)
Aturcara Majlis
12.45 tengahari - Pendaftaran / Makan Tengahari
( Makan tengahari di ruang legar Aras Bawah Perpustakaan)
1.45 petang - Ketibaan Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi )
dan pegawai-pegawai kanan
02.00 petang - Bacaan Doa
- Ucapan Aluan oleh
Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi)
02.20 petang - Ucapan perasmian penutup dan pelancaran Geran
Pembangunan Produk oleh
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
02.40 petang - Dialog : Sesi 1- Technology Development Corporation Sdn. Bhd (MTDC)
Bertajuk “ Commercialization Support and Services ”
- Sesi Penyampaian Cenderahati
03.40 petang - Dialog : Sesi 2 - Pintas IP
Bertajuk ’’IP Commercialization Strategies for Universities & Research Institutions”
- Sesi Penyampaian Cenderahati
5.00 petang - Majlis Minum Petang / Bersurai
( Minum petang di ruang legar Aras Bawah Perpustakaan)
Thursday, April 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment