Monday, April 18, 2011

Perhimpunan Kecergasan UTHM 1Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/5/1 ( 27 ) 15 APRIL 2011





_____________________________



PEKELILING AM BIL. 24 TAHUN 2011

_____________________________





PERHIMPUNAN KECERGASAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1 MALAYSIA TAHUN 2011





Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Pusat Sukan akan menganjurkan Perhimpunan Kecergasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 1 Malaysia Tahun 2011 sepertimana ketetapan berikut :



Tarikh : 18 April 2011 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Stadium UTHM



2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf. Sehubungan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.



3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' : 07-4537100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit







SH/myh/14.04.2011/pekeliling am




TENTATIF

PERHIMPUNAN KECERGASAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1 MALAYSIA TAHUN 2011





Tarikh : 18 April 2011 (Isnin)

Masa : 07:30 pagi – 10:00 pagi

Tempat : Stadium (UTHM)



7.30 pagi : Ketibaan Warga Universiti
7.50 pagi : Ketibaan VIP
7.55 pagi : Program Senamrobik
8.40 pagi : Ucapan YBhg. Dato' Naib Canselor UTHM
8.50 pagi : Sambutan Hari Lahir Staf Bagi Bulan April 2011
9.00 pagi : Jamuan dan Bersurai

Nota :

Semua staf adalah digalakkan untuk mengikut warna tema baju bagi menceriakan lagi program ini.

Tema Warna Pakaian :

Lelaki (Baju T-Shirt berwarna BIRU)
Wanita (Baju T-Shirt berwarna MERAH)

No comments: