Monday, April 4, 2011
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM - 'WORLD AUTISM AWARENESS DAY
Y. Bhg. Prof/Tuan/Puan,
Sukacita ingin memaklumkan bahawa Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (PPPP) akan menganjurkan program ‘World Autism Awareness Day’ sebagai salah satu aktiviti dibawah program UNESCO Day UTHM. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 04 April 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran)
Lokasi : Dewan 3
Aras Bawah, Pejabat Perhubungan Awam UTHM
Sehubungan dengan itu, pihak PPPP ingin mengalu-alukan penyertaan dikalangan staf yang mempunyai ahli keluarga ataupun mereka yang berinteraksi secara langsung dengan golongan Autism ini, dan turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui apa itu Autism serta bagaimana mengenalpasti golongan ini pada peringkat awal.
Penyertaan staf di dalam program ini akan diambilkira sebagai jam latihan.
Kepada semua yang berminat, diharapkan dapat memaklumkan persetujuan menghadiri program kepada Rozana bt Mohd Jalil di talian 453 8626 ataupun melalui email di alamat rozana@uthm.edu.my dengan menyatakan maklumat berikut iaitu nama penuh, PTj dan no. staf.
Pengesahan kehadiran perlu diberikan selewat-lewatnya pada 30 Mac 2011 (Rabu).
Sekian, terima kasih.
Rozana binti Mohd Jalil
Penolong Pegawai Tadbir
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-453 8626
e-mail : rozana@uthm.edu.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment