Thursday, April 14, 2011

Kelas Feqah Wanita April 2011

Y.Bhg.Prof Datin/Prof/Tuan/Puan,


TAWARAN MENGIKUTI KELAS FEQAH WANITA ANJURAN PUSAT ISLAM UTHM.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Wanita Pusat Islam akan mengadakan Kelas Feqah Wanita seperti berikut:

Tarikh :14 April 2011
Masa :8.00 pagi
Tempat :Bilik Rakaman UCiTV
Aturcara :8.15 pagi-Ketibaan peserta dan penceramah
8.30 pagi-Kelas Feqah Wanita disampaikan oleh :
Prof. Madya Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor
Pensyarah Fakulti Sains,Sastera & warisan
10.30 pagi-Jamuan ringkas dan bersurai



2. Oleh yang demikian, bagi menjayakan kelas feqah ini, Pusat Islam dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg.Prof Datin/Prof/Tuan/Puan untuk menyertai program tersebut. Untuk makluman, program ini terbuka kepada orang ramai dan terhad kepada 50 orang peserta.

3. Kerjasama yang diberikan oleh Y.Bhg.Prof Datin/Prof/Tuan/Puan di dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sila hubungi Cik Mastura di talian 7649 atau email mastura@uthm.edu.my selewat-lewatnya pada 12 April 2011 untuk pengesahan kehadiran.

Sekian.


“DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA”

Yang benar,




PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

No comments: