Friday, April 15, 2011

Malam Anugerah Pelajar 2010


Malam Anugerah Pelajar 2010

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Malam Anugerah Pelajar 2010 yang akan berlangsung pada 15 April 2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) bermula dari pukul 8.00 malam.

Malam Anugerah Pelajar pada kali ini membawakan tema 'Retro Night'. Majlis ini bakal dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus bin Md. Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM.

Majlis ini diadakan bagi memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada seluruh pelajar/persatuan/kelab yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum sepanjang tahun 2010. Penganjuran majlis ini juga diadakan bagi memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar/persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan/kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli.

Sebanyak 11 kategori anugerah yang akan disampaikan pada malam tersebut antaranya ialah:

1. Anugerah Program Terbaik

2. Anugerah Persatuan/Kelab Terbaik

3. Anugerah Olahragawan

4. Anugerah Olahragawati

5. Anugerah Pasukan Sukan Terbaik

6. Anugerah Kepimpinan Terbaik

7. Anugerah Seni Budaya

8. Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik

9. Anugerah Kolej Kediaman Terbaik

10. Anugerah Khas HEP

11. Anugerah Mahasiswa Gemilang (Siswa/Siswi)

12. Anugerah Khas TNC (HEPA)

Dengan adanya penganjuran majlis seumpama ini akan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membina jati diri dan ketrampilan diri sekaligus membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Majlis Malam Anugerah Pelajar 2010

Tarikh : 15 April 2011 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Perasmi : Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti

No comments: