Friday, July 31, 2009

Majlis Makan Malam KSKUiTTHO 2009



Majlis Makan Malam KSKUiTTHO 2009 akan berlangsung seperti maklumat berikut:

 Tarikh: 31 Julai 2009 (Jumaat)
 Masa: 8:00 malam
 Tempat: Hotel Prime City, Kluang. 

 Tetamu Utama: YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
 Semua staf tetap UTHM (ahli kskuittho) dijemput untuk menghadiri majlis ini.

Thursday, July 30, 2009

Soft Soil Engineering Seminar 2009


SOFT SOIL ENGINEERING SEMINAR 2009 (SSES'09)

Tarikh: 30-31 Julai 2009

Tempat : The Puteri Pacific ,JB

Anjuran Bersama : Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar, RECESS, Institut Kejuruteraan Malaysia ( Cawangan Selatan)

Kursus Fundamentals Of EMC

Tuan,

MEMOHON UNTUK MEMBUAT PENGGAMBARAN DI DALAM KURSUS 'FUNDAMENTALS OF EMC'

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC) akan menganjurkan kursus 'Fundamentals Of MC' yang akan disampaikan oleh Prof. Christos Christopoulus seperti berikut:-

Tarikh : 30-31 Julai 2009 (Khamis - Jumaat)
Tempat : Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

3. Sehubungan itu, kami mohon Unit UCiTV agar dapat membuat penggambaran sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar
PROF DR MOHD ZARAR B MOHD JENU
Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet

Wednesday, July 29, 2009

Program Lawatan Pensyarah Pelawat di FKEE

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN KHIDMAT UNIT UCITV UNTUK MEMBUAT RAKAMAN SEMINAR BAGI PROGRAM LAWATAN PENSYARAH PELAWAT DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjemput Profesor Christos Christopoulos, Pensyarah Pelawat FKEE untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bidang komunikasi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti amat berharap agar pihak tuan dapat membuat rakaman pada 29 julai dan 3 Ogos 2009 sebagaimana jadual program yang dilampirkan.

Semoga mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
DR HAJI JIWA BIN ABDULLAH
Timbalan Dekan (A&A) FKEE

*******************************

29 JULAI 2009
1.
Seminar On Wireless Communication (Final Year Student & Lecturers)
Title : Wireless Communication on Adverse Environment
Venue : BS 2 Komples FKEE
Time : 9.00 am - 11.00 am

2.
Talk
Title : Good Technical paper
Venue : BS 2 Kompleks FKEE
Time : 2.30 pm - 5.00 pm

3 OGOS 2009
1.
Talk
Title : How To Be An Effective Supervisor
Venue : BS 2 Kompleks FKEE
Time : 2.30 pm - 4.30pm

Peperiksaan Lisan VIVA - Sivaprakasam Thamizmanii

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : Sivaprakasam Thamizmanii
Program : Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Tarikh : 29 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat : Studio Pendidikan, UTHM
Pemeriksa Dalam 1 : Dr. Rosli bin Ahmad (UTHM)
Pemeriksa Dalam 2 : Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin(UTHM)
Pemeriksa Luar : Prof. Dr. Ventakasamy Jayabalan (Anna University, Chennai
India.
Pengerusi : Prof. Ir. Mohammad Zainal bin Md. Yusof

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7906

Monday, July 27, 2009

MoU UTHM,UNIMAS & JKR Sarawak

Program : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara Universiti Tun Husssein Onn Malaysia Dengan Universiti Malaysia Sarawak & Jabatan Kerja Raya Sarawak
Tempat : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Tarikh : 27 Julai 2009
Masa : 10 Pagi

Friday, July 24, 2009

Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009

Tuan,

PROGRAM RAKAN MUDA WAWSAN DESA IPT 2009 ANJURAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTHM DENGAN KERJASAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rakan Muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor akan mengadakan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 24, 25 dan 26 Julai 2009
Tempat : Kg. Sg.Kluang Darat, Rengit, Batu Pahat &
Kg. Kesang TAsek, Ledang Johor

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Unit tuan untuk membuat liputan pada program yang akan kami anjurkan ini. Bersama-sama ini dikemukakan tentatif program berhubung perkara di atas untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Thursday, July 23, 2009

Peperiksaan Lisan VIVA Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : SH Salleh bin SH Ahmad
Program : Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (PDM)
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat : Studio Pendidikan, UTHM
Pemeriksa Dalam 1 : Dr. Yusri bin Hj. Yusof (UTHM)
Pemeriksa Dalam 2 : Dr. Khalid bin Hasnan (UTHM)
Pemeriksa Luar : Prof. Dr. Razali bin Mohamad (UTeM)
Pengerusi : PROF. IR. DR. SAPARUDIN BIN ARIFFIN.

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, July 22, 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 & Anugerah Jasa Bakti Tahun 2008 UTHM


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2008
DAN
ANUGERAH JASA BAKTI TAHUN 2008
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Julai, 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM B HAMID
Pendaftar

Tuesday, July 21, 2009

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Diantara UTHM bersama Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd





Tuan, MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) DI ANTARA UTHM BERSAMA ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING (APFT) DAN EMC MANAGEMENT CENTRE SDN BHD 

 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 2. Untuk makluman pihak tuan, satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) akan diadakan di antara pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersama pihak Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd. 

Majlis tersebut akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:- 

 Tarikh : 21 Julai 2009 (Selasa) 
 Masa : 12.00 Tengahari 
 Tempat : Dewan Jamuan 1, DTII, UTHM 

 3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk melantik wakil dari unit tuan bagi membuat rakaman dan sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan dan segala komitmen yang diberikan berkenan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 Sekian. 

 DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA 

 Yang Benar 

PM DR HAJI MOHD IDRUS BIN HAJI MOHD MASIRIN

Monday, July 20, 2009

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009



Tund 26-27 Okt 2009

Tuan,

MEMOHON UNIT UCITV MEMBUAT RAKAMAN SEMASA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2009

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan Teknikal dan Pusat Pengajian Sains, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009. Butiran Program adalah seperti berikut:

Hari : Isnin dan Selasa
Tarikh : 20 & 21 Julai 2009
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama pihak tuan agar dapat membuat rakaman sepanjang persidangan ini berlangsung selama dua hari. Aturcara program disertakan seperti dalam lampiran.

4. Semoga dengan kerjasama dan komitmen dari pihka tuan akan menjayakan program yang dijadualkan dan kami dahuli dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
DR MOHD ZAKY BIN NOH
Setiausaha 1
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Teknologi 2009


***********************************************************

ATURCARA PROGRAM

20 JULAI 2009
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 - 9.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 1
9.30 - 10.00 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 2
10.00 - 10.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 3
10.30 - 11.00 pagi : Kudapan
11.00 - 1.00 ptg : Sesi Selari : Kertas seminar
1.00 - 2.30 ptg : Rehat
2.30 - 4.30 ptg : Sesi Selari : Kertas Seminar
4.30 - 5.00 ptg : Minum petang & bersurai


21 JULAI 2009
8.30 - 10.00 : Forum
10.00 - 10.30 pg : Kudapan
10.30 - 11.30 pg : Bengkel
11.30 11.45 pg : Rumusan Resolusi
11.45 - 12.00 tgh : Ketibaan VVIP / VIP
12.00 - 12.15 ptg : Ucapan Pengerusi 2
Dr Azme bin Khamis
12.15 - 12.45 ptg : Ucapan penutup oleh Y. Bhg Prof. dato' Dr Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
12.45 - 1.00 ptg : Penyampaian Resolusi dan Cenderamata
1.00ptg : Makan Tengahari dan Bersurai

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)



Tunda : 26-27 Okt 2009
Fwd: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)

Yg Bhg Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Pusat Pengajian Sains, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan "Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)". Butiran persidangan seperti berikut:

Tarikh: 20 - 21 Julai 2009

Tempat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.

(Sila lihat brosur yang dilampirkan untuk keterangan lanjut).

atau sila lawati laman web persidangan,

http://web.uthm.edu.my/fptek/pkpst2009

Persidangan ini diharap akan memberi peluang kepada para pendidik dan penyelidik untuk membincangkan isu-isu semasa berkenaan pendidikan sains dan teknologi. Pihak kami amat berbesar hati jika pihak Prof, Dr, Tuan, Puan dapat memanjangkan perkara ini kepada sahabat-sahabat. Terima kasih.


--
Jawatankuasa,
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
emel: pkpst2009@uthm.edu.my


--
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

Saturday, July 18, 2009

Program Karnival Kerjaya & Keusahawanan


Tuan,

MEMOHON MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling Dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dataran Terbuka UTHM pada 18 dan 19 Julai 2009.

3. Sehubungan itu, PKPP ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan program sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 sepertimana maklumat di bawah:-

PERTAMA
Perkara : Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka UTHM

KEDUA
Perkara : Sejenak Bersama Angkasawan (Mejar Dr. Faiz Bin Khaled)
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah A (Bangunan G3)

4. Sebarang maklumbalas sila hubungi Pn Aspalaila bt Abdullah di talian 07-4567464. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan dudahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA

Yang benar,
DR ASRI B SELAMAT
Pengarah PKPP

Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2009

Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan,

MAKLUMAN KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 pada 18 – 19 Julai 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail ( DTI ), Dewan Terbuka, Dataran Anggerik serta kawasan sekitar UTHM. Acara majlis dan program yang berkaitan akan bermula mulai 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

3. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 anda boleh melawat laman web rasmi Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 di alamat url : http://pkpp.uthm.edu.my/karnival/index.html

4. Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan adalah dipohon mengambil maklum mengenai perkara ini dan bersama – sama menjayakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009.

Sekian Terima Kasih,

Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Wednesday, July 15, 2009

Hari ICT @ UTHM

HARI ICT@UTHM ‘09

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar UTHM bahawa Universiti akan mengadakan Hari ICT pada 15 – 16 Julai 2009 (Rabu - Khamis) bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM. Untuk itu adalah diminta kepada semua pelajar UTHM agar dapat sama – sama menjayakan Hari ICT@UTHM dan menghebahkan makluman ini kepada pelajar UTHM yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hari ICT@UTHM anda boleh melawat laman web rasmi Hari ICT di http://itinfo.uthm.edu.my/hariict/iklan.htm

Sekian Terima Kasih,

Jawatankuasa Hari ICT@UTHM '09
Pusat Teknologi Maklumat
UTHM

Monday, July 13, 2009

Program Ceramah Penyelidikan

Tuan,

JEMPUTAN KE CERAMAH PENYELIDIKAN DARI PROF. JOHN A. JANSEN DI UTHM DAN AKADEMI SAINS MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Microelectronic & Nanotechnology - Shamsuddin Research Centre (MiNT-SRC), FKEE ingin menjemput staf yang berminat di bawah PTJ masing-masing untuk hadir ke ceramah dan perbincangan penyelididkan bersama Prof. John A. Jansen, Chairman College of Dental Sceince, Radbound University Nijmegen Medical Centre, the Netherlands.

3. Butiran ceramah adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Seminar 2 , Kompleks FKEE


************************************

Tuesday, July 7, 2009

Kempen Keselamatan 2009

YBhg Prof/Tuan/Puan,

Pameran sempena Kempen Keselamatan Universiti 2009 akan diadakan di Dewan Terbuka pada 6 dan 7 Julai, 2009. Semua warga Universiti dijemput hadir. Pelbagai pameran berkaitan keselamatan di adakan mulai jam 09.00 pagi hingga 4.30 petang. Staf yang telah mendaftarkan motosikal dengan Bahagian Keselamatan boleh mendapatkan Vest Keselamatan di Kaunter Pameran Bahagian Keselamata. Agihan Vest Keselamatan juga akan diberikan kepada staf dan pelajar yang mendaftar pada tarikh berkenaan. Penyelenggaraan Percuma disediakan kepada kenderaan Proton ( hanya bayar harga alat ganti sahaja).
Semua warga Universiti dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan.

Pertandingan Kawad Bomba antara PTJ dan Kolej Kediaman akan diadakan pada 12 Julai, 2009 mulai jam 09.00 pagi hingga 12.30 tengahari di Padang Ragbi. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada PTJ masing-masing. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Program Kempen Keselamatan mulai 5 hingga 12 Julai, 2009 untuk perhatian semua.
Sekain, terima kasih

YUSOFF BIN ROMLI
Ketua Keselamatan
samb 7140

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 4

Tarikh : 7 Julai 2009
Lokasi : Kota Tinggi , Kulai Jaya , Pontian
Laluan : Kg. Sayong Pinang -> Kg Sri Muar -> Kg Sri Tanjung -> Kg Nelayan ->
Dataran Majlis Daerah Pontian (Penutup) -> Johor Bahru

Monday, July 6, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 3

Tarikh : 6 Julai 2009
Tempat : Ledang, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi
Laluan : Kawasan Tadahan Air Gunung Ledang -> Kg Hang Tuah -> Kg Bukit Panjang ->
Kg Dalam, Parit Sulong -> Kg Sayong Pinang K.Tinggi

Pemeran Kempen Keselamatan 2009

Y.Bhg. Prof./Tuan / Puan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua warga universiti dijemput ke gerai dan pameran sempena Kempen Keselamatan 2009
pada 06 hingga 07 Julai, 2009 bertempat di Dewan Terbuka UTHM.

Sehubungan itu, semua warga Universiti dijemput beramai-ramai untuk melihat pameran dari pelbagai agensi yang terlibat seperti dilampiran.

Sekian, terima kasih.

Zainizam bin Md. Saeim
Setiusaha Kempen Keselamatan 2009
bp : Ketua Keselamatan
Tel:07-4537141

Sunday, July 5, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 2

Tarikh : 5 Julai 2009
Tempat : Mersing , Kluang, Segamat , Ledang
Laluan : Kg Tanah Abang, Mersing -> Kg Sungai Peroh, Kluang -> Kg Segamat Kecil ->
Kg Air Tawas, Ledang -> Kawasan Tadahan Air Gunung Ledang

Saturday, July 4, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 1

Tarikh : 4 Julai 2009
Tempat : Johor Bahru, Kota Tinggi & Mersing
Perjalanan : Bukit Timbalan (Pelancaran)-> Perigi Acheh, P.Gudang -> Kg Pasir Salam ->
Kg Selangi Mawai, Mawai -> Hospital Mersing -> Tanah Abang, Mersing