Wednesday, July 22, 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 & Anugerah Jasa Bakti Tahun 2008 UTHM


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2008
DAN
ANUGERAH JASA BAKTI TAHUN 2008
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Julai, 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM B HAMID
Pendaftar

No comments: