Saturday, July 18, 2009

Program Karnival Kerjaya & Keusahawanan


Tuan,

MEMOHON MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling Dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dataran Terbuka UTHM pada 18 dan 19 Julai 2009.

3. Sehubungan itu, PKPP ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan program sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 sepertimana maklumat di bawah:-

PERTAMA
Perkara : Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka UTHM

KEDUA
Perkara : Sejenak Bersama Angkasawan (Mejar Dr. Faiz Bin Khaled)
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah A (Bangunan G3)

4. Sebarang maklumbalas sila hubungi Pn Aspalaila bt Abdullah di talian 07-4567464. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan dudahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA

Yang benar,
DR ASRI B SELAMAT
Pengarah PKPP

No comments: