Saturday, July 18, 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2009

Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan,

MAKLUMAN KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 pada 18 – 19 Julai 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail ( DTI ), Dewan Terbuka, Dataran Anggerik serta kawasan sekitar UTHM. Acara majlis dan program yang berkaitan akan bermula mulai 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

3. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 anda boleh melawat laman web rasmi Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 di alamat url : http://pkpp.uthm.edu.my/karnival/index.html

4. Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan adalah dipohon mengambil maklum mengenai perkara ini dan bersama – sama menjayakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009.

Sekian Terima Kasih,

Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

No comments: