Tuesday, July 7, 2009

Kempen Keselamatan 2009

YBhg Prof/Tuan/Puan,

Pameran sempena Kempen Keselamatan Universiti 2009 akan diadakan di Dewan Terbuka pada 6 dan 7 Julai, 2009. Semua warga Universiti dijemput hadir. Pelbagai pameran berkaitan keselamatan di adakan mulai jam 09.00 pagi hingga 4.30 petang. Staf yang telah mendaftarkan motosikal dengan Bahagian Keselamatan boleh mendapatkan Vest Keselamatan di Kaunter Pameran Bahagian Keselamata. Agihan Vest Keselamatan juga akan diberikan kepada staf dan pelajar yang mendaftar pada tarikh berkenaan. Penyelenggaraan Percuma disediakan kepada kenderaan Proton ( hanya bayar harga alat ganti sahaja).
Semua warga Universiti dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan.

Pertandingan Kawad Bomba antara PTJ dan Kolej Kediaman akan diadakan pada 12 Julai, 2009 mulai jam 09.00 pagi hingga 12.30 tengahari di Padang Ragbi. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada PTJ masing-masing. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Program Kempen Keselamatan mulai 5 hingga 12 Julai, 2009 untuk perhatian semua.
Sekain, terima kasih

YUSOFF BIN ROMLI
Ketua Keselamatan
samb 7140

No comments: