Tuesday, July 21, 2009

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Diantara UTHM bersama Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd





Tuan, MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) DI ANTARA UTHM BERSAMA ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING (APFT) DAN EMC MANAGEMENT CENTRE SDN BHD 

 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 2. Untuk makluman pihak tuan, satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) akan diadakan di antara pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersama pihak Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd. 

Majlis tersebut akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:- 

 Tarikh : 21 Julai 2009 (Selasa) 
 Masa : 12.00 Tengahari 
 Tempat : Dewan Jamuan 1, DTII, UTHM 

 3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk melantik wakil dari unit tuan bagi membuat rakaman dan sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan dan segala komitmen yang diberikan berkenan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 Sekian. 

 DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA 

 Yang Benar 

PM DR HAJI MOHD IDRUS BIN HAJI MOHD MASIRIN

No comments: