Tuesday, February 17, 2009

Seminar CIRS

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

SEMINAR CIRS BERTAJUK “KEDUDUKAN GLOBAL MATRIK DAN PENARAFAN GLOBAL UNIVERSITI” ANJURAN PEJABAT PERHUBUNGAN KORPORAT DAN ANTARABANGSA, UTHM.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa (PEKA) akan menganjurkan Seminar CIRS bertajuk “Kedudukan Global Matrik Dan Penarafan Global Universiti”. Semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk menghadiri seminar berkenaan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah 2
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Penceramah : Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris
Pengarah Pemasaran Universiti,
Universiti Teknologi Malaysia

Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

ZAINIZAN BIN MD.ESA
Pejabat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07 – 453 7458
Fax : 07 – 453 6262
zainiz@uthm.edu.my

No comments: