Friday, February 6, 2009

Liputan Sepanjang Program Chap Goh Mei

Tuan Hj Mohd Nor Ihkasan
Ketua Unit UCiTV

Melalui dan Salinan
En Abdul Malek b Ibrahim
Timbalan Pendaftar HEP

Tuan,

JEMPUTAN PIHAK UCITV UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEPANJANG PROGRAM CHAP GOH MEI

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Tiong Hua, Sekretariat Perpaduan UTHM akan menganjurkan Program Chap Goh Mei sepert butiran berikut:

Tarikh : 6 Februari 2009 (jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

3. Program Chap Goh Mei ini akan melibatkan warga UTHM ynag membeli tiket dimana terdapat jamuan dan persembahan-persembahan yang menarik. Sebagai contoh, Tarian Singa, Persembahan Yoyo China, Tarian Traditional china, Tarian Moden dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang berkaitan dengan kebudayaan Cina pada malam tersebut.

4. Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak Tuan untuk membuat liputan dan rakaman bagi program berkenaan agar ia dapat didokumentasikan sebagai aktiviti Universiti. Bersama-sama ini disertakan tentatif bagi program yang berkenaan.

Sekain terima kasih.

Yang benar,
Pengarah Program

No comments: